SETTING CAKERA KERAS [ HARDISK ]
Dua Perkara Perlu Difahami Untuk Setting Cakera Keras.
1. Pengesan Cakera Keras IDE Automatik
- Gerakkan penunjuk pada IDE HDD AUTO DETECCTION dan
tekan butang Enter.
Lihat rajah [ 1 ] di bawah. BIOS akan keluarkan satu tetingkap yang
mempunyai tiga pilihan iaitu Normal,
LBA dan Large. Lihat rajah [ 2 ] di bawah. Jika terus tekan 'Y' maka maklumat
akan disimpan kedalam CMOS.
Boleh juga buat pilihan 1,2 dan 3 yang mana lebih tepat. Pilihan hanya
perlu menekan butang 1,2 atau 3.
RAJAH [ 1 ]:
MENU UTAMA BIOS
RAJAH [ 2 ]:
CEMOS SETUP UTILITY AWARD SOFTWARE, INC.
2. Setting Cakera Keras Pada CMOS.
- Setting secara menual. Gerakkan penunjuk kepada STANDARD CMOS SETUP dan
tekan Enter. Lihat rajah [ 3 ] di bawah. Standard CMOS setup dipaparkan. Lihat
rajah[4] di bawah. Gerakkan penunjuk kepada rungan type dan guna Page
UP / Page Down atau + / - untuk pilih User Type. Selepas pilih user type,
gerakkan penunjuk kepada Cyls, Head dan Sector. Di sini
isikan nilai yang terpapar pada rangka cekera keras tersebut. Jika maklumat
LBA digunakan, pilih LBA pada rungan MODE. Ini adalah kerana LBA dan NORMAL
mempunyai format yang tidak sama.
RAJAH [ 3 ]:
MENU UTAMA BIOS.
RAJAH [ 4 ]:
STANDARD CMOS SETUP AWARD SOFTWARE. INC.
Setting Yang Berkaitan Dengan Cakera Keras.
1. Setting Port IDE.
- Sekarang Port IDE bersama dengan motherboard, maka boleh guna BIOS untuk
Enable dan Disable Port IDE ( ia itu buka dan tutup port IDE ).
Pilih INTEGRATED PERIPERALS dan tekan butang Enter. Lihat rajah [ 5 ] di bawah.
Gerakkan penunjuk ke ON-Chip Primary dan On-Chip Secondary PCI-IDE, pada
kedua ruang ini tukar kepada Enable yaitu buka port IDE. Lihat rajah [ 6 ]
di bawah.
RAJAH [ 5 ]:
MENU UTAMA BIOS.
RAJAH [ 6 ]:
INTEGRATED PERIPHERALS AWARD SOFTWARE, INC.
2. Setting Pengesan Format Cakera Keras.
- Dalam setting cakera keras pada motherboard mempunyai beberapa pilihan
pengesan format cakera keras. Jika motherboard adalah TX maka ia mempunyai
pilihan untuk UDMA dan VX, HX dan FX tidak mempunyai pilihan ini. Jika
menggunakan cakera keras Ultra DMA33 maka pilih AUTO. Selain dari 4 UDMA
yang mempunyai 4 format PIO iaitu mode 1, mode 2, mode 3, mode 4 dan Auto.
Adalah dicadangkan menggunakan Auto dalam pilihan ini.
Peringatan :-
- Selepas setting jangan lupa pilih SAVE & EXIT SETUP dan tekan butang Enter
untuk keluar dari BIOS program.
LOAD SETU DEFAULT atau LOAD TURBO DEFAULT adalah untuk memberi setting
dari kilang yang asal.
Boot Sequence.
- Bagaimana hendak mengtahui bootsequence anda. Lihat rajah [ 7 ] di bawah.
perhatikan pada option boot sequence adalah A,C. Dalam kerja servis komputer
adalah penting anda pastikan boot sequence dalam kedudukan A,C. Ini bertujuan
memastikan komputer anda akan membaca drive A terlebih dahulu sebelum drive
C. Apabila komputer menghadapi masalah seperti file system hilang atau
dijangkati virus. Kita menggunakan
bootdisk atau starup disk
untuk membetulkannya kembali. Oleh kerana drive C anda
mungkin tidak boleh dibaca, anda terpaksa membaca drive A terlebih dahulu.
Apabila paparan A:\ > terpapar ini bermakna BIOS anda telah membaca di drive A
terlebih dahulu.
RAJAH [ 7 ]:
BOOT SEQUENCE