FORMAT
HARD DISK ATAU CAKERA KERAS
HARD DISK ATAU CAKERA KERAS.
Cakera keras adalah merupakan salah satu daripada komponan yang penting
dalam sesebuah komputer. Cakera keras befungsi sebagai tempat menyimpan
data ( storage ).
-
Memformat hardisk yang baru dibeli.
- Kita perlu sediakan boot disk ( startup ) yang mengandongi sekurang
kurangnya arahan ( command.com, format.com, edit.com dan fdisk.exe ).
Penyediaannya sila rujuk bahagian
bootdisk / starup disk.
- Pastikan boot sequence BIOS adalah A,C kalau tidak sila tukarkan.
Ini penting supaya komputer akan memboot daripada drive A terlebih dahulu.
Pastikan juga anda telah autodetect hardisk anda. Seterusnya save setting
BIOS anda tadi.
- Masukkan boot disk tadi ke drive A. Hidupkan komputer dan pastikan
di boot daripada A: >.
- Taipkan arahan A: > FDISK
- Ikut arahan daripada paparan menu. Jika hendak boot satu partition pilih
nombor (1) untuk memadamkan primary DOS partition. Langkah seterusnya pilih (Y)
untuk memadamkan primary DOS partition. Pilih (1) sekali lagi untuk membuat
DOS partition atau Logical DOS drive. Akhir sekali format hardisk anda
dengan arahan di bawah.
- Setelah selesai membuat partition barulah cakera keras itu diformat
dengan arahan A: > FORMAT C:/S
-
Memformat hardisk yang telah dibuat partition dan sudah ada program
( perisian)
- Boot daripada A: >
- Taipkan arahan A: > FORMAT C:/S
CARA INSTALASI PERISIAN.
-
Install program ( perisian ) selepas harisk diformat.
Sebelum kita install perisian ke dalam hardisk, kita kena pastikan apakah
platform yang ingin kita gunakan. Samada windows 3.11, win.95, win.98,
window NT, linux dan sebagainya. Maksudnya kita perlu install operating
syestemnya terlebih dahulu.
Window 3.11 / Win. 95 / Win. 98
Caranya :-
- Boot daripada A: > dengan memasukkan boot disk ke pemacu A dan pastikan
boot sequence di BIOS telah disetting dengan betul iaitu A,C.
- Jika menggunakan disket, masukkan Disk 1 win 3.11 ( install DOS terlebih
dahulu ) / win.95 dan taipkan arahan setup dan ikut arahan ynag diberi
sehingga habis ( sampai Disk 6 ) dan 22 disk bagi win 95.
- Jika anda mempunyai pemancu CD (CD drive) anda hendaklah terlebih dahulu
install driver CD Drive yang bersesuaian
( dibekalkan semasa membeli CD Drive ) ia akan setting Autoexec, bat dan
config.sys secara automatik. Kadangkala anda terpaksa mengedit dan memereksa
kedua dua fail tersebut supaya ia terletak diline yang betul. Kemungkinan
juga anda diminta menyalin MSCDEX.EXE ke cakera C:\. Masukkan disk yang
mengandongi drive CDROM tadi dan taip arahan setup. Ikut arahan selanjutnya.
- Reboot kembali komputer dan cuba baca D:\ dengan menaip arahan D:\
Jika anda menggunakan win.98, kemungkinan drive CDROM anda E:\
Biasanya setup disk win.98 adalah autodetect driver CDROM. Jika tidak anda
terpaksa install drivenya terlebih dahulu dengan menggunakan disket yang
dibekalkan semasa membeli CDROM. Anda juga boleh download daripada internet
jika anda tiada driver CDROM.
- Masukan CD WIN. 3.11 / WIN.98 dan taipkan arahan D:\ setup atau E:\ dan
ikut arahan selanjutnya.
- Bagi platform lain sama saja seperti di atas. Jangan putus asa jika
CDROM anda tidak boleh detect, yang penting cuba sehingga berjaya dan kenal
pasti puncanya. Seperti driver CDROM dan cuba periksa autoexec.bat dan
config.sys.
Perhatian :
Pastikan driver yang bersesuaian dan autoexec.bat dan config.sys adalah
betul, anda boleh mengedit kedua dua fail dengan menaip arahan edit.
Jika anda ingin install 3.11 anda terpakas install DOS terlebih dahulu.
-
Menyalin (Copy ) hadisk ke hardisk ( Backup )
Jika kita hendak menyalin data sesebuah hardisk ke hardisk lain, ada
beberapa cara.
Cara pertama:
- Hendaklah mempunyai dua hardisak yang mana satu dijadikan master
(primary) dan satu lagi dijadikan Slave.
- Setting BIOS. Pastikan anda menyunting auto pada bahagian Master dan
Slave.
- Terlebih dahulu anda harus setting jumper yang terdapat pada salah satu
hardisk kepada Salve. Sila rujuk pada lebel hardisk.
- Pastikan semasa anda boot kedua dua hardisk, boleh dibaca.
- Anda memerlukan sofware tertentu seperti Laplink atau Fast Lynx atau
Ghost bagi menyalin data daripada hardisk ke hardisk. Saya syorkan anda
gunakan Laplink V. Anda boleh menggunakan mana-mana sofware yang
bersesuaian. Kalau anda tidak mempunyai sofware tersebut anda boleh juga
menggunakan arahan DOS.
- Jalankan program tersebut dan ikut arahan. Biasanya hardisk yang
dijadikan Slave dikenali sebagai D: > Master adalah C: > .
Cara Kedua :
- Menggunakan kabel laplink ia itu copy diantara dua PC "A" dan PC "B"
- Anda mestilah menginstall terlebih dahulu sofware laplink kedua-dua
buah komputer.
- Sambungkan kabel laplink kepada printer port (LPT1) pada kedua-kedua
komputer.
- Jalankan program laplink dan tentukan target serta source.
- Ikut arahan yang diberikan.