BIOS [Basic Input Output System]

 

CARA-CARA PERGI KE BIOS

  1. Tekan Delete ketika komputer dimulakan untuk pergi ke BIOS. Ada juga komputer yang menggunakan kunci Alt + F2, Ctrl + Alt + Esc ataupun Ctrl + S. Setiap kali anda reboot atau hidupkan komputer, terdapat paparan mesej menyatakan bagaimana untuk pergi ke menu BIOS. Jika anda tidak sempat melihat kerana prosesnya terlalu cepat, tekan kunci BREAK/PAUSE.

  2. Bagi mengtahui lebih lanjut adalah lebih baik jika merujuk pada buku manual motherboard yang disediakan.

RAJAH:
MENU UTAMA BIOS

CMOS SETUP

RAJAH:
MENU UTAMA BIOS.

RAJAH:
STANDARD CMOS SETUP AWARD SOFTWARE. INC.
HASIL SELEPAS MENEKAN
STANDARD CMOS SETUP
  1. Apabila Cmos Setup dipaparkan, secara umumnya skrin ini akan menyediakan pilihan untuk menetapkan perkakas serta butiran sistem seperti masa, tarikh, jenis paparan dan sebagainya.
  2. Jika tarikh dan masa komputer anda salah, anda boleh betulkan menggunakan kekunci anak panah kanan / kiri atau menggunakan kekunci page up / page down.
  3. Bagi mengatahui jenis hardisk, saiz, cylinder, head, sector, mode dan sebagainya. Cara yang paling mudah, anda letakan option "Auto" pada Type di Primary Master. Jika anda menggunakan lebih daripada satu hardisk letakan lagi option "Auto" pada Type di Primary Slave.

    [ Peringatan - jangan lupa sila setting jumper pada salah satu hardisk itu kepada slave ] Cara Melakukan Setting Jumper Hardisk.

  4. Jika anda hanya mempunyai satu Floppy Drive letakan setting pada Drive A:1.44mb 3.5in.
  5. Jika anda mempunyai dua Floppy Drive, letakkan kedua-duanya. Satu pada Dive 'A' dan satu lagi pada Drive 'B'
  6. Peringatan - Selepas setting jangan lupa tekan 'F10' atau pilih SAVE & EXIT SETUP dan tekan butang Enter untuk keluar dari BIOS program.
    LOAD SETU DEFAULT atau LOAD TURBO DEFAULT adalah untuk memberi setting dari kilang yang asal.

  7. Jika ada sebarang ralat kesalahan, ini menunjukkan ada kesilapan pada CMOS. Sila betulkan sehingga berjaya. Anda boleh menggunakan HDD AUTO DETECTION untuk mengtahui spesifikasi hardisk.

Balik Ke Muka Hadapan Asas Komputer Cara-cara Membuat Boot Disk / Start Up Disk
Cara-cara Melakukan Partition Cara -cara Format Hard Disk Setting Cakera Keras