BOOTDISK ATAU START UP DISK

 

Bagaimana Untuk Membuat Bootdisk / Start Up Disk.

  1. Anda boleh menggunakan arahan dos seperti menyalin file basic yang perlu ada dalam bootdisk anda. Seperti format.com, edit.com, fdisk.exe dan command.com.

  2. Kalau anda menggunakan Win.95/98 semasa melakukan instalasi anda ada ditanya samada ingin membuat starup disk dengan memasukkan floppy 3.5" 1.44 mb.

  3. Jika anda terlupa atau tidak dapat menyalinnya. Jangan bimbang, anda boleh lakukan juga dengan melakukan langkah ini:
    Pergi ke Control Panel - Add Remove Programs - pilih tab starup disk - masukkan disket anda dalam drive A:\ dan tekan butang create disk. Tunggu sehingga selesai.

Kegunaan Bootdisk / Starup Disk

  1. Bila komputer anda menghadapi masalah seperti pc anda tidak boleh boot daripada disk atau anda kehilangan file sytem di dalam komputer anda. Inilah masanya kegunaan bootdisk / starup disk.

  2. Caranya ialah :-
    Telebih dahulu matikan komputer. Masukkan boot disk / starup disk tadi ke dalam pemacu A:\ > dan hidupkan komputer. Pastikan boot squence anda adalah daripada A,C.Jika tidak, anda mungkin perlu mengubah `setting' dalam `BIOS Setup' agar membolehkan komputer anda dimulakan dari pemacu A:\ >.

  3. Dan taipkan arahan A:\sys c: Arahan ini akan tranfer system disk ke dalam hardisk anda (C:) Kamudian reboot komputer anda.

  4. Atau pada prom A:\ > tersebut, anda juga bolehlah jalankan pemeriksaan dengan menaip SCANDISK C:.

  5. Anda juga boleh menyesuai gunakan (customize) disket tersebut menjadi sebagai disket pemula, khususnya untuk menjalankan permainan tertentu yang berasaskan sistem pengoperasian DOS.

  6. Ia juga digunakan semasa komputer anda dimasuki virus.

    * Pastikan bootdisk/starup disk anda disimpan dan sentiasa di write protect disket tersebut.

Balik Ke Muka Hadapan Asas Komputer BIOS [ Basic Input Output System ]
Cara-cara Melakukan Partition Cara -cara Format Hard Disk Setting Cakera Keras