MEMBINA HOME PAGE


MEMBINA HOME PAGE BAHAGIAN    [ 1 ]

 
Langkah permulaan, buka Notepad dan mulakan satu fail baru dengan menulis ini:-

 <HTML>
</HTML>

 Setiap sesuatu pernyataan di atas dinamakan "tag" . Yang pertama dinamakan tag pembuka < > dan yang kedua sebagai tag penutup </ > . Yang berbeza ialah tag penutup mempunyai tanda   / . Kebanyakan tag pembuka, tetapi tidak semua,  mempunyai tag penutup.

 Tag-tag ini memberi arahan kepada browser. Seperti contoh tadi, anda memberitahu kepada browser bahawa `di sini mulanya dokumen HTML' (<HTML>) dan 'di sini berakhirnya dokumen HTML ' (</HTML>). Sekarang segala bahan yang lain ditulis di antara kedua-dua tag pembuka dan tag penutup tersebut.

 
 
Setiap dokumen HTML pasangan tag kepala iaitu HEAD.

 <HTML>
<HEAD>
</HEAD>
</HTML>

 
 
Perkara yang perlu kita ingat di kepalanya pula ialah wujudnya tag tajuk iaitu TITLE.

 <HTML>
<HEAD>
<TITLE></TITLE>
</HEAD>
</HTML>

 
 
Dan isi kandungan laman web tersebut akan duduk di dalam tag BODY.

 <HTML>
<HEAD>
<TITLE></TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

 
 
Kita mulakan dengan memberikan dokumen tadi dengan satu tajuk.

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Laman Pertama Saya!</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

Sekarang, simpanlah ia, tetapi bukan sebagai dokumen teks, sebaliknya sebagai sebuah dokumen html. Simpan ia sebagai ms1.html di dalam sebuah folder baru. Jika anda kurang faham bagaimana hendak melakukannya, cuba ikut langkah-langkah ini (Win95/Win98) dengan teliti. Kesilapan diperingkat ini boleh menyebabkan anda akan kecewa dan mungkin tidak akan berminat lagi untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Jangan gopoh, mulakanlah langkah anda dengan ...

Di dalam tetingkap Notepad anda, klik File,kemudian diikuti dengan  Save as.
Anda akan ternampak sebuah kotak dialog. Buat satu folder baru dengan mengklik ->
Namakannya dengan apa-apa nama. Kemudian dwi-klik di atas folder itu untuk membukanya. Apabila ia bertanyakan File name: taipkan ms1.html Dan apabila ia bertanya Save as type: pastikan anda memilih All Files(*.*) dan bukannya txt file.
Tekan enter dan siap satu fail!

 Tahniah! Anda telah berjaya membuat satu fail laman web! Seandainya anda menentukan Netscape sebagai browser asasi, fail anda akan kelihatan seperti ini...

dan sebaliknya jika anda menggunakan Internet Explorer sebagai browser asasi, fail anda akan kelihatan sepeti ini pula...

  • Cara-cara Membuka / Melaihat Fail HTML Dalam Browser ( Win.95 / Win.98 ). Cara Ini Adalah Khas Untuk Fail HTML Yang Masih Berada Dalam PC Anda. Maksudnya, Bukan Untuk Fail Yang Berada Dalam Talian Internet Atau Telah Di Upload:-

    Cara pertama mudah, anda cuma mendwi-klik saja ikon diatas. Dalam browser mana homepage anda akan dibuka, bergantonglah pada ikon apa yang anda klik. Maksud saya, jika ikon Internet Explorer yang anda klik, maka homepage anda akan dibuka dalam browser Internet Explorer dan begitulah sebaliknya.

    Cara kedua pula, kita terlebih dulu menentukan browser yang akan digunakan. Fail HTML kita berada dalam program mana tidak menjadi masalah. Kita boleh menggunakan browser Netscape Navigator atau Internet Explorer. Di sini saya tunjukkan cara dengan menggunakan browser Internet Explorer.

    Klik pada program Internet Eplorer. Browser Internet Explorer dibentang. Dalam browser ini, klik File   >>   Open, dalam petak open klik Butang Browse...   >>   ( Nama Folder Baru Anda )   >>   Butang Open   >>   ( Nama Fail HTML Anda )   >>   Butang Open dan akhir sekali klik Butang OK. Lihat contoh rajah hasil tugasan anda di bawah.

    Rajah Contoh Hasil Tugasan Anda

    Malangnya, seperti yang anda lihat, laman itu kosong (namun jangan bimbang, ia tetap sebuah dokumen HTML yang sah!). Selepas ini, tugas kita bertambah besar iaitu memasukkan beberapa bahan lain ke dalam laman  tersebut.

    Sebelum saya teruskan saya ingin mengingatkan dua perkara. SATU, apa yang anda lakukan tadi ialah rangka sebuah dokumen HTML. Ia ialah keperluan minima untuk sebuah dokumen web dan kesemua dokumen web yang lain mesti mengandungi perkara-perkara asas ini. Dan KEDUA, tajuk dokumen ialah apa yang akan tertera di atas sekali di sebelah kiri tetingkap  browser.

     
     
  • Cara-cara Mengubah Dan Tindakkan Selepas Mengubah Homepage Kita ( Win.95 / Win.98 ). Cara Ini Juga Adalah Khas Untuk Fail HTML Yang Masih Berada Dalam PC Anda. Maksudnya, Bukan Untuk Fail Yang Berada Dalam Talian Internet Atau Telah Di Upload :-

    Di sini saya ada dua cara untuk anda buat pilihan:-

    Cara Pertama, buka fail HTML anda dalam notepad. Tambah atau ubah apa-apa yang dikehendaki, save dan tutup notepad. Kamudian buka browser dan lihat perubahannya.

    Cara kedua, di sini contohnya saya tunjukkan dalam browser Internet Explorer. Buka browser Internet Explorer. Klik file dan buka homepage kita, caranya seperti yang telah saya tunjukkan di atas. Apabila homepage kita telah terbentang dalam browser, klik kanan mouse pada mana-mana bahagian kosong dalam homepage kita. Dalam menu yang dibentang, pilih View Source dan klik. Hasilnya, Notepad homepage akan dibuka di atas browser kita / tersebut. Lihat rajah di bawah, browser dan notepad bertindih.

    (RAJAH BROWSER & NOTEPAD BERTINDIH)

    Apa yang perlu anda faham di sini ialah browser dan notepad sebenarnya adalah satu file sahaja. Fail yang sebenarnya ialah notepad. Browser hanya berperanan sebagai skrin yang akan menunjukkan hasil yang dibuat dalam notepad.

    Tindakkan seterusnya ialah, ubah apa-apa yang dikehendaki dalam notepad. Selepas itu, klik File dalam notepad, pilih Save dan klik.

    Beralih pula kepada browser kita tadi, cari Refresh dan klik, dalam pada itu perhatikan betul-betul isi dalam browser, proses perubahan yang akan berlaku agak pantas. Sebaliknya jika tiada apa-apa perubahan, ini bermakna perubahan yang anda lakukan dalam notepad, ada kesilapan. Semak dan ulang balik perbuatan ini. Begitulah seterusnya jika ada perubahan dan penambahan yang akan dilakukan.

     
     

    LATIHAN ULANGKAJI

    1.     Lancarkan Notepad dan bina sebuah fail HTML berikut .

    <HTML>
    <HEAD>
    <TITLE>
    Ulangkaji pelajaran 1
    </TITLE>
    </HEAD>
    <BODY>
    </BODY>
    </HTML>

     

    2.     Simpan di dalam sebuah fail yang dinamakan fail1.html dan kemudian lancarkan di browser anda.